Ia ( kepimpinan ) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.
Sekurang - kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri.
Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.
Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas - tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya.
Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.
Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat.
Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.
Oleh itu bagi orang yang benar - benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati - hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.
Sejarah
Sejarah
Sejarah Pusat Kokurikulum Kelantan
Pusat Kokurikulum Kelantan terletak di Daerah Bachok, Kelantan. Ia terletak di sebuah kampung yang dikenali dengan Kampung Tangok. Kampung yang seluas 550 ekar ini didiami oleh penduduk kampung yang menjalankan aktiviti pertanian sebagai saraan hidup mereka. Kampung ini telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan Kampus Universiti.
Pada tahun 1987, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato’ Dr. Sulaiman Daud telah mengumumkan bahawa enam buah negeri akan mempunyai Pusat Kokurikulum. Negeri – negeri yang terbabit ialah Kedah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Kawasan asal Kampung Tangok seluas 36 ekar telah dijadikan Pusat Kegiatan Kokurikulum. Nama Pusat Kegiatan Kokurikulum kemudian ditukar nama menjadi Pusat Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Cawangan Kelantan. Akhirnya pada tahun 2004, sekali lagi Pusat Kokurikulum ditukar nama kepada Pusat Kokurikulum Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan.
Bermula dari tarikh penubuhannya sehinggalah sekarang, Pusat Kokurikulum Kelantan telah mengendalikan aktiviti – aktiviti yang meliputi semua unit beruniform, kursus motivasi, bina insan, motivasi. Antaranya seperti Pasukan Kadet Remaja Sekolah, Pasukan Bulan Sabit Merah, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Pasukan Pandu Puteri dan Pengakap.
Last Updated (Thursday, 28 January 2010 13:26)



